Tuesday, 3 July 2012

PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG)

PENGENALAN :


Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum wanita.  Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding  kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini  tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampung-kampung gelanggang teng-teng  biasanya  dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.





GELANGGANG :


Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan.  Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada  sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong.  Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak.

Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

 

          

                          Gelanggang teng-teng

 

GUNDU / BUAH :


Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Setiap pemain perlu ada gundu ini.  Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

UNDIAN :


Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.



CARA BERMAIN :

Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama. 
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang.
Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.  Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.


MEMBINA RUMAH :

Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.


PEMENANG :

            Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.


MATI /HILANG GILIRAN :

Pemain dikira mati (giliran) jika :
> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Kesimpulan :

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.  Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri  mereka .  Contohnya permainan teng – teng.
Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat menggunakan sebelah kaki.  Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang tinggi.  Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri masyarakat.  Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.  Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.
Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.  Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.

8 comments:

  1. Perkongsian yang amat baik dan penerangan cara bermain yang amat jelas.
    Namun terdapat satu kemusykilan sekiranya situasi seperti ini terjadi:
    Sekiranya terdapat gundu di petak 5, 6 dan 7. Pemain yang sedang bermain gundunya berada di petak 8. Bagaimana pemain tersebut mengambil gundunya di petak 8 sedangkan dia tidak boleh memijak petak 6 dan 7 kerana terdapat gundu pemain lain?dalam petak 5 juga terdapat gundu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya.. Jadi lepas mati gundu pemain letak dalam petak yang mati tadi lah maksudnya..
      Bukan ambil?
      Nanti tiba giliran barulah baling semula..

      Delete
  2. Pemain perlu membaling gundunya pada petak 8 dan memastikan gundu yang dibaling paling hampir dengan garisan petak 6 dan 7. Ini akan memudahkan pemain untuk menganbil gundunya apabila dia sedang memijak petak 3 dan 4. Untuk mengmbil gundu pada petak 8, pemain boleh menghulurkan tangan atau merangkakkan tangan tetapi kakinya masih lagi berpijak pada petak 3 dan 4. setelah gundu pada petak 8 dapat di ambil, pemain perlu melompat ke petak 8 dan meneruskan permainan...harap dapat membantu...

    ReplyDelete
  3. permainan malaysia mmg tak best mcm ape jee tak guna syialll

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kita simpan dan cuba mainkan dengan anak cucu...seronok

    ReplyDelete