Thursday 5 July 2012

KATA KERJA


KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa kerja yang menunjukkan kata kerja sebagai inti frasa kerja dan perkataan-perkataan lain yang hadir sesudah dan sebelumnya.

FRASA KERJA
   sedang

belum
tidur
bermain
membaca
disaksikan

di padang
buku
oleh adiknya

Penggolongan Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu:
  1. kata kerja tak transitif
  2. kata kerja transitif

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Contohnya:
                          pergi                              tinggal

Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
(a)  kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
(b)  kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
Contohnya:
                          duduk                          menyanyi

Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan. Contohnya:

                          duduk pada waktu petang
                          tumbuh dalam pasu

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini tidak sama dengan objek, kerana objek hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contohnya:

beransur baik          menjadi baik
Perhatikan bahawa pelengkap boleh berdiri daripada kata adjektif, kata atau frasa nama atau frasa sendi nama.

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada kata atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contohnya:
                                          membeli buku
                                          menternak ayam

Pembentukan Kata Kerja
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu:
  1. kata kerja tunggal
  2. kata keja terbitan
  3. kata kerja majmuk
  4. kata kerja ganda
Beberapa contoh:
  1. Kata kerja tunggal
                                    ada                            terbang

  1. Kata kerja terbitan
                                    mewangi                   diseret
                                    memasak                  jayakan

  1. Kata kerja majmuk
                                   kemas kini                lipat ganda


  1. Kata kerja ganda
                                   gelak-gelak/tergelak-gelak
                                   berlari-lari


Beberapa Aspek Pengimbuhan Kata Kerja
Seperti dangan kata nama, beberapa aspek pengimbuhan kata kerja akan disentuh, kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

Imbuhan Kata Kerja
Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:
  1. awalan kata kerja
  2. akhiran kata kerja
  3. apitan kata kerja
  4. sisipan kata kerja

Awalan Kata kerja
Terdapat enam awalan yang membentuk kata kerja, iaitu:
(a)  meN-                                                      (d) di-
(b)  beR-                                                       (e) mempeR-
(c)  teR-                                                        (f) dipeR-

Akhiran Kata kerja
Terdapat hanya dua akhiran yang membentuk kata kerja, iaitu:
(a)  -kan
(b)  -i

Apitan Kata Kerja
Jumlah apitan yang membentuk kata kerja agak besar, iaitu, sebelas, seperti yang berikut:
(a)  meN-…-kan                  (e) meN-…-I                       (i) ke-…-an
(b)  beR-…-kan                   (f) di-…-I                             (j) dipeR-…-kan
(c)  beR-…-an                     (g) mempeR-…-kan           (k) dipeR-…-i
(d)  di-…-kan                       (h) mempeR-…-i




Sisipan Kata Kerja
Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun, perkataan-perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya:
(a)  -el-
                    geletar   -   bergeletar   -   menggeletar
                    jelajah   -   berjelajah    -   menjelajah
(b)  -er-
                    serabut   -   berserabut
                    gerodak  -   bergerodak
(c) -em-
                    gemuruh   -   bergemuruh
                    semerbak  -  bersemerbak

Kata Kerja Transitif dengan Objek
Semua kata kerja transitif menerima objek. Sebagai contoh ialah dua kata kerja dalam ayat-ayat berikut:
  1. Ibu membeli sehelai baju.
  2. Ahmad membaca surat itu.
    
Dalam ayat-ayat di atas terdapat satu objek. Ayat-ayat ini boleh diperluas dengan menambah unsur keterangan, iaitu yang menerangkan pihak yang mendapat manfaat daripada perbuatan kata kerja, seperti ayat-ayat berikut:
     1 (a) Ibu membeli sehelai baju untuk adik.
     2 (a) Ahmad membaca surat itu kepada rakannya.
    
Ayat 1(a) dan 2(a) masih berupa ayat-ayat yang mengandungi satu objek kerana unsur yang ditambah selepas objek, dari segi binaannya, berbentuk frasa, iaitu frasa sendi nama.
    
Namun begitu, jikalau kata kerja membeli dan membaca diubah menjadi kata kerja berapitan meN-…-kan, iaitu membelikan dan membacakan, maka binaan ayat akan berubah menjadi ayat-ayat berikut:
      1 (b) Ibu membelikan adik sehelai baju.
      2 (b) Ahmad membacakan rakannya surat itu.  
    
Dalam kedua-dua ayat ini terdapat dua objek, iaitu adik dan sehelai baju dalam ayat 1(b) dan rakannya serta surat itu dalam ayat 2(b). Oleh sebab terdapat dua objek dalam satu ayat, objek-objek tersebut dibezakan dengan menamakan objek yang lebih dekat dengan kata kerja objek tepat ( dalam kes ini adik dalam ayat 1(b) dan rakannya dalam ayat 2(b). Objek yang jauh sedikit ( sehelai baju dan surat itu ) disebut objek sipi.
      Satu ukuran untuk menentukan yang manakah antara kedua-dua objek itu objek tepat atau objek sipi, ialah proses pasif. Dalam bahasa Melayu, hanya objek tepat boleh mengalami proses pasif, misalnya ayat 1(c) ialah bentuk pasif bagi ayat 1(b), manakala ayat 2(c) ialah ayat pasif bagi ayat 2(b).
      1 (c) Adik dibelikan sehelai baju oleh ibu.
      2 (c) Rakannya dibacakan surat itu oleh Ahmad.

Sebaliknya, ayat-ayat berikut dianggap tidak gramatis:
      1 (d) Sehelai baju dibelikan adik oleh ibu.
      2 (d) Surat itu dibacakan rakannya oleh Ahmad.

     Hal yang sama juga berlaku bagi kata kerja yang menerima paitan meN-…-i. Dalam dua ayat berikut, terdapat dua objek:
  1. Mereka menghadiahi guru mereka sejambak bunga.
  2. Tina menghidangi tetamunya secawan kopi.

       Dalam ayat (3), objek tepat ialah guru mereka dan dalam ayat (4) tetamunya. Jikalau kedua-dua kata kerja ditukar apitan, iaitu menjadi menghadiahkan dan menghidangkan, maka binaan kedua-dua ayat turut berubah, menjadi seperti yang berikut:
      3 (a) Mereka menghadiahkan sejambak bunga kepada guru mereka.
      4 (a) Tini menghidangkan tetamunya secawan kopi.


        Dalam binaan ayat 3(a) dan 4(a), tidak lagi terdapat dua objek dalam setiap ayat. Yang tinggal hanya satu objek diikuti oleh frasa sendi nama.

Perbezaan Antara Apitan meN-…-kan dengan Apitan meN-…-i
Dalam bahasa Melayu banyak kata kerja terbentuk dengan apitan meN-…-kan dan meN-…-i. Kedua-duanya membentuk kata kerja transitif yang mendukung makna asas yang terkandug dalam kata dasar.
         Ada kalanya dapat dibezakan fungsi antara kedua-dua apitan ini, iaitu lazimnya apitan meN-…-kan menandakan maksud kausatif, manakala apitan meN-…-I menandakan maksud lokatif. Contoh:
        1 (a) Saya menghadiahkan sebuah buku kepada Anita pada hari jadinya.
           (b) Saya menghadiahi Anita sebuah buku pada hari jadinya.

         Tetapi bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima kedua-dua apitan ini, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya:
           2 (a) Ali sedang membaiki kereta yang rosak.
              (b) Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Jenis Kata Kerja Berawalan TER-
Kata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu:
  1. kata kerja transitif
  2. kata kerja tak transitif



1. Kata kerja transitif
Terdapat dua jenis kata kerja transitif yang terbentuk denga awlan teR-, iaitu:
(a)  kata kerja transitif aktif
(b)  kata kerja transitif pasif

Contohnya:
(a) Kata kerja transitif aktif, iaitu yang diikuti oleh objek.
     (1) Ratna terambil buku adik saya.
     (2) Kakinya terpijak paku itu.
(b) Kata kerja transitif pasif
Terdapat juga kata kerja dengan awalan teR- yang bersifat tak transitif, iaitu yang tidak memerlukan objek. Contohnya:
(1)  Mereka tersandar di tepi dinding.
(2)  Dia terjatuh dari atas pokok.

PERBEZAAN ANTARA AWALAN MEMPER- DENGAN APITAN
MEMPER-…-KAN

Dalam bahasa Melayu terda[at kata kerja yang terbentuk dengan awalan mempeR-… dan apitan mempeR-…-kan.
          Pada dasarnya, kata kerja dengan awalan mempeR- membawa maksud menjadikan dan boleh bertukar ganti dengan apitan meN-…-kan.
Contohnya:
                                  memperbesar = membesarkan
                                  memperalat    = mengalatkan
        Bagi kata adjektif, salah satu bentuk sahaja digunakan. Oleh itu, tidak gramatis, misalnya, jika digunakan bentuk memperbesarkan. Pilihlah hanya mana-mana satu imbuhan, iaitu sama ada memperbesar atau membesarkan.
       Tetapi bagi beberapa kata nama tertentu, iaitu hamba, isteri dan suami, perkataan-perkataan ini boleh menerima awalan mempeR- dan mempeR-…-kan, untuk menghasilkan perkataan yang berlainan makna. Contohnya:
1. memperhamba - menganggap diri atau orang lain seperti hamba.
2. memperhambakan -   menjadikan diri atau orang lain seperti hambakepada seseorang.
3. memperisteri  -      menjadikan seseorang isteri.
4. memperisterikan   - memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan                                       seseorang beristeri.

No comments:

Post a Comment