Thursday 5 July 2012

AGO ( Aims, Goals, Objectives – Tujuan, Matlamat, Objektif )


Pengenalan

Sesuatu yang kita lakukan mempunyai sebabnya ; mungkin disebabkan oleh kebiasaan atau mungkin kerana melihat reaksi orang lain, atau mungkin kerana disebabkan oleh semua orang melakukannya.

Tetapi ada kalanya kita melakukan sesuatu bukan kerana “ sebab-sebab”, tetapi kerana hendak mencapai sesuatu objektif. Apabila kita tahu tentang apa yang kita cuba capai, ini akan membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif masing-masing.

Dalam situasi tertentu, AGO menunjukkan makna yang sama sahaja. Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita membuat keputusan dan merancang tindakan yang perlu diambil.

Soalan

PBSM sekolah anda bercadang melancarkan kempen kebersihan sekolah. Ada pihak tertentu meragui hasrat persatuan tersebut. Gunakan AGO ( Aims, Goals, Objectives ) untuk menerangkan tentang kemungkinan tujuan, matlamat, dan objektif persatuan berkenaan.


            Kebersihan adalah penting dalam hidup kita, hal ini demikian kerana kebersihan melambangkan cara hidup kita dan bagaimana kita menjaga kebersihan diri dan juga kawasan sekeliling. Dalam konteks ini, kita berbincang tentang kebersihan sekolah yang mana sekolah merupakan pusat untuk kita memberi ilmu dan juga menerima ilmu. Jadi, persekitaran sekolah perlulah kondusif dan selesa agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan suasana yang penuh keselesaan. Oleh itu, saya sebagai wakil PBSM sekolah ini akan melancarkan kempen kebersihan sekolah agar suasana sekolah kita akan menjadi lebih kondusif dan proses penyerapan ilmu dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tujuan kempen ini dilancarkan adalah bertujuan untuk memastikan persekitaran sekolah bersih dan selesa. Hal ini demikian kerana keadaan yang kotor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan rasa jelek dan jijik malahan turut membawa keburukan dan menjejaskan kesihatan kita. Jika persekitaran sekolah kita bersih, maka ini akan membantu murid dan guru untuk melakukan proses penyerapan ilmu dengan sempurna. Dengan terlaksananya kempen kebersihan ini, masyarakat akan memandang institusi pendidikan sebagai satu medium untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri belia muda kita masa kini. Oleh hal demikian, masyarakat akan menaruh kepercayaan yang tinggi terdapat kita sebagai warga pendidik.

Selain itu, matlamat kempen ini adalah untuk mencegah daripada terkena jangkitan penyakit yang dibawa oleh kuman dan serangga. Hal ini demikian berlaku apabila persekitaran sekolah kita kotor dan berbau busuk, ini akan menarik perhatian serangga-serangga perosak untuk menghuni tempat-tempat kotor yang telah menjadi sarang pembiakan kuman-kuman yang mampu menjejaskan kesihatan kita. Sebagai contoh, jika serangga tersebut hinggap pada makanan ataupun badan kita, secara tidak langsung serangga ini turut membawa kuman-kuman yang berbahaya ini bersamanya. Apabila kita memakan makanan yang dicemari, kuman tersebut akan menyerang sistem imunisasi kita dan menyebabkan kita mendapat penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita. Oleh yang demikian, pelaksanaan kempen ini amat berguna untuk menyedarkan kita tentang impak yang dibawa jika persekitaran kita tidak dijaga dan kotor.
Manakala objektif bagi kempen kebersihan ini pula adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri individu seseorang murid. Hal ini demikian kerana pada usia sebegini, murid-murid mudah untuk dibentuk mengikut acuan yang kita lakukan terhadap mereka. Apabila mereka sudah biasa dengan menjaga kebersihan, maka secara tidak langsung mereka akan mengaplikasikan pada masa akan dating sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Selain itu, dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kebersihan seperti gotong-royong akan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Disinilah akan terjalinnya ikatan silaturrahim di antara para guru, murid dan juga ibu bapa. Oleh yang demikian, kempen kebersihan yang dilancarkan ini membawa banyak manfaat kepada kita dan juga masyarakat.

No comments:

Post a Comment