PENGENALAN :
Teng
Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan
dua kaki. Permainan
ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal
dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum
wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan
permainan ini berbanding kanak-kanak
lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga
yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil
sahaja.
Di
kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya
dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain
keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau
dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur
tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng
teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang
setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap
gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang,
ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.
GELANGGANG
:
Gelanggang
teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai
jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang
terdiri daripada sembilan petak-petak
kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan
petak-petak kosong. Dalam tugasan ini,
kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak.
Gelanggang teng-teng
GUNDU /
BUAH :
Selain daripada gelanggang, gundu adalah
juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah
objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa
sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para
pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
UNDIAN :
Sebelum permainan dimulakan, undian
dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih
dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Namun, ada juaga undian yang dibuat
dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang
bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
CARA BERMAIN :
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian
melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh
menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba
di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki
kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan
diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua
kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan
dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6)
tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di
satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah,
setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan
diteruskan hingga keluar darigelanggang.
Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan
petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke
petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh
melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh
dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk
mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan
petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan
syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan.
Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.
Seandainya
pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan. Setiap pemain juga tidak
dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan
sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain
seterusnya mengambil alih permainan.
MEMBINA
RUMAH :
Pemain
yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat
balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang
kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan
corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau
terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua
belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya
pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya
ia dikira mati.
PEMENANG :
Pemenang adalah pemain yang
memperoleh rumah terbanyak.
MATI /HILANG GILIRAN :
Pemain dikira mati (giliran) jika :
> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.
Kesimpulan
:
Permainan
tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional
juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati
diri mereka . Contohnya permainan teng – teng.
Dalam
permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa
melompat menggunakan sebelah kaki. Ini
bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang
tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan
bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran
atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan
juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk
dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.
Akhir sekali,
permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana, permainan tradisional adalah
satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset penting
dalam kehidupan kita.
Perkongsian yang amat baik dan penerangan cara bermain yang amat jelas.
ReplyDeleteNamun terdapat satu kemusykilan sekiranya situasi seperti ini terjadi:
Sekiranya terdapat gundu di petak 5, 6 dan 7. Pemain yang sedang bermain gundunya berada di petak 8. Bagaimana pemain tersebut mengambil gundunya di petak 8 sedangkan dia tidak boleh memijak petak 6 dan 7 kerana terdapat gundu pemain lain?dalam petak 5 juga terdapat gundu.
Nak tanya.. Jadi lepas mati gundu pemain letak dalam petak yang mati tadi lah maksudnya..
DeleteBukan ambil?
Nanti tiba giliran barulah baling semula..
WKWKWKWKWK GG SOALAN
DeletePemain perlu membaling gundunya pada petak 8 dan memastikan gundu yang dibaling paling hampir dengan garisan petak 6 dan 7. Ini akan memudahkan pemain untuk menganbil gundunya apabila dia sedang memijak petak 3 dan 4. Untuk mengmbil gundu pada petak 8, pemain boleh menghulurkan tangan atau merangkakkan tangan tetapi kakinya masih lagi berpijak pada petak 3 dan 4. setelah gundu pada petak 8 dapat di ambil, pemain perlu melompat ke petak 8 dan meneruskan permainan...harap dapat membantu...
ReplyDeletebodo bodo jeeee
ReplyDeletepermainan malaysia mmg tak best mcm ape jee tak guna syialll
ReplyDeletecibai teng teng
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKita simpan dan cuba mainkan dengan anak cucu...seronok
ReplyDeleteMemory waktu kecik2..
ReplyDeleteWei tk reti nk bagitau ke asal negeri mane permainan tu..):!
ReplyDeleteKurang ajr punya zul hilmi.nama dh mcm puki Je.. Klau hebat Sgt tk payah jadi mcm cibai Je tau LA kau org have have mentang org kaya belagak nama mcm melayu tapi permainan teng teng pon tk tau
ReplyDelete