Kata
adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan
frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur
keterangan yang lain seperti kata bantu dan kata penguat. Berikut ialah contoh binaan
frasa-frasa adjektif.
FRASA
ADJEKTIF
|
masih
|
sangat
belum
|
pandai
besar
baik
masak
|
sungguh
|
Jenis
Kata Adjektif
Berdasarkan
kriteria makna, kata adjektif dapat dikategorikan kepada sembilan jenis
berikut:
1. kata adjektif
sifatan atau keadaan 6.
kata adjektif jarak
2. kata adjektif
warna
7. kata adjektif cara
3. kata adjektif
ukuran
8. kata adjektif perasaan
4. kata adjektif
bentuk
9. kata adjektif pancaindera
5. kata adjektif
waktu
Beberapa contoh:
1. kata adjektif
sifatan atau
keadaan
cerdik lemah gopoh berani
2. kata adjektif
warna
merah kelabu unggu jingga
3. kata adjektif
ukuran
panjang tebal kecil kerdil
4. kata adjektif
bentuk
bulat bengkok kempis lurus
5. kata adjektif
waktu
baharu segera silam lampau
6. kata adjektif
jarak
jauh hampir dekat nyaris
7. kata adjektif
cara
deras perlahan laju lincah
8. kata adjektif
perasaan
rindu benci segan gembira
9. kata adjektif pancaindera
(a) deria rasa
sedap masin kelat masam
(b) deria pandang
cantik buruk segak tampan
(c) deria dengar
bising mersik serak merdu
(d) deria bau
harum semerbak busuk tengik
(e) deria sentuh
halus kesat licin lembut
Pembentukan Kata Adjektif
Kata adjektif
terdiri daripada empat bentuk berikut:
- kata adjektif tunggal 3. kata adjektif majmuk
- kata adjektif terbitan 4. kata adjektif ganda
Beberapa contoh:
- Kata adjektif tunggal
kasar pahit bujur
- Kata adjektif terbitan
terindah sebesar sinambung
- Kata adjektif majmuk
merah jambu panjang tangan hijau daun
4. Kata adjektif ganda
cantik-cantik lambat-laun sihat-sihat
Kata
Adjektif Dalam Bentuk Perbandingan
Kata adjektif yang menyatakan
perbandingan pada darjah biasa hadir dalam bentuk biasa, iaitu kata adjektif
tanpa apa-apa tambahan. Contohnya:
besar sederhana
leper lesu
Darjah Bandingan
Untuk menyatakan darjah bandingan, dua
cara digunakan, iaitu:
(a) menggunakan kata adjektif dengan
awalan se- bagi menyatakan
bandingan yang sama. Contohnya:
sebesar sesedap
seleper semontel
(b) menggunakan kata penguat lebih
atau kurang bagi menyatakan bandingan yang berbeza. Contohnya:
lebih besar daripada
kurang pandai
daripada
Darjah Penghabisan
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai cara
untuk menyatakan darjah penghabisan. Contohnya:
(a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contohnya:
sepandai-pandai tupai
setinggi-tinggi pokok
(b) ter- + kata adjektif
Contohnya:
terpandai
tertinggi
(c) paling + kata adjektif
Contohnya:
paling indah
paling biru
(d) kata adjektif
+ sekali
Contohnya:
cantik sekali
panjang sekali
(e) ter- + amat + kata adjektif
sangat
Contohnya:
teramat buruk
teramat mulia
(f) amat
sungguh
+ kata adjektif + sekali
sangat
Contohnya:
amat pandai sekali
sungguh merdu sekali
No comments:
Post a Comment