Pengenalan
Sesuatu
yang kita lakukan mempunyai sebabnya ; mungkin disebabkan oleh kebiasaan atau
mungkin kerana melihat reaksi orang lain, atau mungkin kerana disebabkan oleh
semua orang melakukannya.
Tetapi
ada kalanya kita melakukan sesuatu bukan kerana “ sebab-sebab”, tetapi kerana
hendak mencapai sesuatu objektif. Apabila kita tahu tentang apa yang kita cuba
capai, ini akan membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif masing-masing.
Dalam situasi tertentu,
AGO menunjukkan makna yang sama sahaja. Menentukan objektif sesuatu usaha akan
menolong kita membuat keputusan dan merancang tindakan yang perlu diambil.
Soalan
PBSM
sekolah anda bercadang melancarkan kempen kebersihan sekolah. Ada pihak
tertentu meragui hasrat persatuan tersebut. Gunakan AGO ( Aims, Goals,
Objectives ) untuk menerangkan tentang kemungkinan tujuan, matlamat, dan
objektif persatuan berkenaan.
Kebersihan adalah penting dalam
hidup kita, hal ini demikian kerana kebersihan melambangkan cara hidup kita dan
bagaimana kita menjaga kebersihan diri dan juga kawasan sekeliling. Dalam
konteks ini, kita berbincang tentang kebersihan sekolah yang mana sekolah
merupakan pusat untuk kita memberi ilmu dan juga menerima ilmu. Jadi,
persekitaran sekolah perlulah kondusif dan selesa agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan suasana yang penuh keselesaan. Oleh itu,
saya sebagai wakil PBSM sekolah ini akan melancarkan kempen kebersihan sekolah
agar suasana sekolah kita akan menjadi lebih kondusif dan proses penyerapan
ilmu dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Tujuan
kempen ini dilancarkan adalah bertujuan untuk memastikan persekitaran sekolah
bersih dan selesa. Hal ini demikian kerana keadaan yang kotor dengan sampah
sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan rasa jelek dan jijik malahan turut
membawa keburukan dan menjejaskan kesihatan kita. Jika persekitaran sekolah
kita bersih, maka ini akan membantu murid dan guru untuk melakukan proses penyerapan
ilmu dengan sempurna. Dengan terlaksananya kempen kebersihan ini, masyarakat
akan memandang institusi pendidikan sebagai satu medium untuk menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri belia muda kita masa kini. Oleh hal demikian,
masyarakat akan menaruh kepercayaan yang tinggi terdapat kita sebagai warga
pendidik.
Selain
itu, matlamat kempen ini adalah untuk mencegah daripada terkena jangkitan
penyakit yang dibawa oleh kuman dan serangga. Hal ini demikian berlaku apabila
persekitaran sekolah kita kotor dan berbau busuk, ini akan menarik perhatian
serangga-serangga perosak untuk menghuni tempat-tempat kotor yang telah menjadi
sarang pembiakan kuman-kuman yang mampu menjejaskan kesihatan kita. Sebagai
contoh, jika serangga tersebut hinggap pada makanan ataupun badan kita, secara
tidak langsung serangga ini turut membawa kuman-kuman yang berbahaya ini
bersamanya. Apabila kita memakan makanan yang dicemari, kuman tersebut akan
menyerang sistem imunisasi kita dan menyebabkan kita mendapat penyakit yang
boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita. Oleh yang demikian,
pelaksanaan kempen ini amat berguna untuk menyedarkan kita tentang impak yang
dibawa jika persekitaran kita tidak dijaga dan kotor.
Manakala
objektif bagi kempen kebersihan ini pula adalah untuk menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri individu seseorang murid. Hal ini demikian kerana pada usia
sebegini, murid-murid mudah untuk dibentuk mengikut acuan yang kita lakukan
terhadap mereka. Apabila mereka sudah biasa dengan menjaga kebersihan, maka secara
tidak langsung mereka akan mengaplikasikan pada masa akan dating sama ada di
sekolah mahupun di luar sekolah. Selain itu, dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kebersihan seperti gotong-royong akan
memerlukan tenaga kerja yang ramai. Disinilah akan terjalinnya ikatan
silaturrahim di antara para guru, murid dan juga ibu bapa. Oleh yang demikian,
kempen kebersihan yang dilancarkan ini membawa banyak manfaat kepada kita dan
juga masyarakat.
No comments:
Post a Comment