Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan
(al-akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,
kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti
agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya
terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan
bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al Qalam:4)
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian,
ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila
dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang
indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa
erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang
yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk
kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain
firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan
bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa
yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air,
lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia
sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran
Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang
yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan
duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka.
(Ali-Imran:190)
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat
yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan
senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli
falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan
jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan
penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu
anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang
menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan
penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara’
dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila
terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
PENGERTIAN
AKHLAK MENURUT ISLAM
Islam mempunyai dua sumber iaitu
Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan
dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak
Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan
kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang
akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak
ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan
tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti
sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti
sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan
wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan
sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku
perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah
suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara
individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan
baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara
manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan
malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment