Pengenalan
Sesetengah
perkara, faktor, objektif, dan akibat mungkin lebih penting daripada yang lain.
Dalam memikirkan sesuatu situasi setelah anda mendapa beberapa idea, anda mesti
menentukan idea mana yang lebih penting supaya anda dapat berbuat sesuatu
tentangnya. Dalam konsep ini, pemilihan keputusan yang tepat mestilah dibuat
sebaik mungkin kerana keputusan yang dipilih menentukan tindakan kita yang
seterusnya. Sekiranya keputusan yang kita buat salah, maka ini akan
mempengaruhi tindakan kita.
Sebagai
contoh, kita perlu menyenaraikan benda-benda sebagai A, B, C dan D. Perkara A
diletakkan sebagai perkara yang paling penting untuk dibawa. Perkara B
diletakkan sebagai perkara yang kurang penting. Perkara C juga diletakkan bagi
perkara yang tidak penting dan perkara D untuk yang tiada kepentingan terhadap
akitiviti yang akan kita lakukan.
Soalan
Anda
ditugaskan menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat di dalam hutan belantara.
Tugas menyelamat perlu dilakukan dalam masa 2 jam sahaja. Anda juga hanya
dibenarkan untuk membawa 2 peralatan sahaja daripada 6 iaitu lampu suluh,
mancis, sebatang buluh, segulung benang, sebilah pisau dan sehelai kain sarung.
Gunakan FIP ( First Importance Priorities ) untuk memilih 2 daripada 6
peralatan tersebut dengan memberi alasan yang logik.
Dalam memilih peralatan yang sesuai
untuk dibawa semasa menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat di hutan
belantara, saya akan menggunakan kaedah FIP ( First Importance Priorities )
untuk menentukan peralatan yang benar-benar penting yang perlu dibawa. Setelah
meneliti keadaan dan juga masa yang diberikan untuk menyelamatkan 3 orang
pelajar tersebut, saya telah memilih untuk membawa sebilah pisau dan juga
sehelai kain sarung. Mengikut kaedah FIP, saya mendapati peralatan-peralatan
ini perlu diberikan keutamaan.
Alasan
bagi peralatan yang saya nyatakan seperti di atas akan diterangkan satu persatu
tentang kepentingannya semasa menyelamatkan 3 orang pelajar tersebut. Saya
memilih untuk membawa sebilah pisau kerana di dalam hutan belantara banyak
ancaman bahaya yang boleh terjadi seperti serangan binatang buas ataupun semak
samun yang ada di dalam hutan. Jadi, pisau ini dapat digunakan untuk
mempertahankan diri dan juga untuk menebas semak samun yang terdapat dalam
hutan belantara. Selain itu, pisau ini dapat digunakan untuk memotong akar-akar
pokok yang mengandungi air minuman sekiranya tiada sumber air yang ditemui di
dalam hutan. Selain itu, pisau tersebut dapat digunakan untuk memotong
kayu-kayu kecil agar dapat dijadikan senjata sebagai langkah berjaga-jaga.
Manakala
alasan membawa sehelai kain sarung adalah untuk dijadikan sebagai penanda agar
tidak tersesat di dalam hutan. Kain tersebut dapat dicarikkan menjadi cebisan
kecil untuk diikat pada pokok sebagai tanda tempat yang dilalui sebelum itu.
Selain itu, kain itu dapat dijadikan sebagai tali pengikat sekiranya pelajar
yang ditemui mengalami pendarahan ataupun kecederaan. Kain itu boleh dibalut
pada pelajar tersebut untuk menghentikan pendarahan tersebut. Oleh sebab itu,
saya memilih untuk membawa kain sarung sebagai satu persiapan untuk menghadapi
sebarang kemungkinan.
Sebagai
kesimpulannya, peralatan yang saya pilih adalah berdasarkan kepentingan yang
paling utama untuk menyelamatkan 3 orang pelajar tersebut. Berdasarkan alasan
yang saya kemukakan adalah berlandaskan kelogikan akal dan rasional terhadap
situasi yang bakal dihadapi dalam tugasan ini. Kesemua peralatan yang
dinyatakan di atas dapat membantu proses menyelamat dengan lebih berkesan dan
selamat.
No comments:
Post a Comment